KEMPEN INTERNET SELAMAT SEMPENA HARI BERSAMA KOMUNITI DI
NADI SIM SIM, SANDAKAN.

Sumber : @https://www.facebook.com/Fahmi.Fadzil.1?__tn__=-UC*F
SANDAKAN, 27 April 2025 –”Saya sentiasa tekankan bahawa penggunaan media sosial oleh kanak-kanak bawah 13 tahun perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa.
Ini penting kerana kita tidak mahu anak-anak terjebak dengan kandungan negatif, buli siber, penipuan dalam talian, atau sebarang pengaruh yang boleh membahayakan keselamatan dan perkembangan mereka.
Sama-sama kita jadikan Internet tempat yang lebih selamat untuk generasi masa depan!”
________________________________________________________________________________________________________________
BAS MEKAR JPN DIGERAKKAN UNTUK BANTU MANGSA KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS BUAT PENGGANTIAN DOKUMEN PERCUMA

Sumber : @jabatanpendaftarannegera
PUTRAJAYA, 2 April 2025 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights. Mangsa yang kehilangan kad pengenalan, sijil kelahiran, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh JPN boleh mendapatkan dokumen gantian tersebut tanpa sebarang bayaran. Bas MEKAR JPN akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra, Putra Heights pada hari esok, 3 April 2025 (Khamis), dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Menyedari keperluan mendesak mangsa-mangsa insiden tersebut mendapatkan dokumen pengenalan diri mereka, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail telah mengarahkan JPN untuk menggerakkan perkhidmatan Bas MEKAR ke lokasi berkenaaan bagi meringankan beban mangsa yang tentunya menghadapi kesukaran untuk ke Pejabat JPN pada masa sekarang.
Inisiatif ini turut bertujuan untuk memastikan mangsa kebakaran dapat memperoleh dokumen penting mereka dengan segera, sekaligus memudahkan sebarang urusan rasmi yang memerlukan dokumen tersebut kelak.
JPN komited untuk memberikan bantuan terbaik kepada masyarakat yang terjejas dan berharap usaha ini dapat membantu mangsa serta keluarga mereka dalam situasi yang mencabar ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan ini, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077.
________________________________________________________________________________________________________________
THAIPUSAM: TAMBANG PERCUMA BAGI PENUMPANG KOMUTER LEMBAH KLANG

Sumber @BERITARTM
BATU CAVES, 4 Februari- Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang secara percuma pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan pergerakan pengguna, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Tambah Loke ia juga menjadikan sambutan Thaipusam lebih bermakna terutama kepada penganut agama Hindu yang akan berkunjung ke Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan. “Perkhidmatan percuma ini akan berlangsung dari pukul 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam. Pengguna boleh keluar melalui pintu automatik (ACG) dengan imbasan tiket,” katanya pada sidang media di Stesen KTMB Batu Caves di sini hari ini. Beliau menjelaskan semua transaksi pembayaran telah beralih sepenuhnya kepada sistem tanpa tunai melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), Kad Komuter Link, Kad Touch ‘n Go, kad debit atau kredit daripada bank tempatan, serta tiket QR fizikal yang boleh diperoleh di kaunter tiket percuma bagi tempoh 10 hingga 11 Februari. Menurutnya, seramai 500,000 pengguna dijangka memanfaatkan perkhidmatan itu dengan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lepas. “Dengan kemuncak perjalanan dijangka pada 11 Februari, sempena Hari Thaipusam dan pemberian tambang percuma,” katanya.
________________________________________________________________________________________________________________
PEMBANGUNAN SEMULA GAZA
Sumber @Jabatan Penerangan Malaysia
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia komited membantu pembangunan semula Gaza melalui kerjasama rakyat, sektor swasta serta sokongan Jepun menerusi program Asia Timur.
Instagram:https://www.instagram.com/reel/DFfBMYZJauh/?igsh=MTlkeTB3ZTdlZHpwag==
Facebook:https://www.facebook.com/share/v/1Gu9ZJWEYR/?mibextid=wwXIfr
TikTok:https://vt.tiktok.com/ZS6TeAtb6/
________________________________________________________________________________________________________________
TIGA SIRI PLKN 3.0

Sumber : @bernamaofficial
Info lanjut berkaitan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN):https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0;