NADI Simpang Batu Niah

12 Januari 2025

MINI HARI BERSAMA KOMUNITI NIAH 2025

Telah dianjurkan Mini Hari Bersama Komuniti di NADI Simpang Batu Niah. Acara ini mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat, keselamatan internet, keusahawanan, dan penjagaan kesihatan, dengan kehadiran 60 pengunjung termasuk Tuai Rumah dan wakil komuniti.

Aktiviti utama termasuk taklimat keselamatan internet “Safe & Shield,” saringan kesihatan dengan kerjasama pihak farmasi, pertandingan menaip untuk pelajar SMK, dan pertandingan mewarna untuk pelajar SK. Program ini turut memperkenalkan PAYNET iaitu pembayaran digital untuk usahawan. Acara ini juga diakhiri dengan cabutan bertuah dan pemberian hadiah kepada pemenang.

Terima kasih kepada semua pihak, termasuk pihak farmasi, atas sokongan dan kerjasama yang menjayakan program ini.