NADI Simpang Batu Niah

NADI TINYTECHIES

🤖 Bengkel Mahir Sumo Robot — salah satu program menarik di NADI untuk pelajar sekolah rendah! Belajar asas STEM sambil bina dan aturcara robot mini yang menyeronokkan.

Berminat? Boleh rujuk jadual terkini di NADI!


NADI E-SPORT

Pertandingan Mobile Legends Season 3 Peringkat Negeri (Bawah 18 Tahun)

Minggu: 1
Tarikh: 01 November 2025
Tempat: NADI Simpang Batu Niah

Pertandingan Mobile Legends Season 3 peringkat negeri bawah 18 tahun kini sedang berlangsung memasuki minggu pertama. Seramai enam peserta berumur antara 13 hingga 18 tahun mewakili NADI Simpang Batu Niah dalam pertandingan ini.

Sebelum perlawanan bermula, para peserta telah menghadiri sesi taklimat dan kelas e-sukan yang diwajibkan kepada semua pasukan bertanding. Sesi tersebut memberi pendedahan mengenai etika permainan dan semangat kesukanan dalam kalangan pemain muda.

NADI Simpang Batu Niah berbangga dengan semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh peserta serta berharap penyertaan ini menjadi dorongan kepada belia lain untuk menyertai aktiviti digital yang sihat dan berfaedah.


________________________________________________________________________________________________________________