NADI Simpang Batu Niah

29 JUN 2024

Berakhir sudah kelas wajib ESPORT untuk wakil NADI Peringkat Negeri – Season 2.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan dari bulan Mac hingga Jun.

Pasukan ini merupakan wakil Nadi Simpang BatuNiah ke Peringkat Negeri Sarawak bagi permainan Mobile Legends Season 2, setelah berjaya dipilih dalam saringan dalaman melibatkan 4 kumpulan pada bulan Mac lepas.

Walaupun ada yang masih bersekolah dan selebihnya bekerja, mereka tetap berusaha hadir setiap sesi.

Respect atas komitmen dan disiplin!

Turut dijalankan saringan kesihatan untuk mereka secara percuma, bagi membolehkan mereka mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Psst… saringan ini sentiasa PERCUMA untuk ahli NADI! 😉

Bagi yang berminat, nantikan Esport Season 3!

Cuba teka, game apa pula yang akan dijalankan selepas ini?