MYDIGITAL ID
Petugas NADI memperkenalkan MyDigital ID – identiti digital rasmi untuk akses perkhidmatan kerajaan dan digital – kepada komuniti, membimbing warga emas langkah demi langkah menggunakan telefon bimbit untuk akses perkhidmatan digital harian.

________________________________________________________________________________________________________________
Persatuan Bugis Sarawak telah mengadakan mesyuarat bersama ahli tertinggi. Seramai 25 orang ahli telah hadir, menggunakan fasiliti NADI bagi tujuan mesyuarat, sekaligus menjadi ahli NADI secara percuma.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti NADI.

________________________________________________________________________________________________________________
NADI MAHIR – JAHIT
📅 Tarikh: 19/01/2026
🕒 Masa: 9.30am – 11.00am
Program Mahir Jahit (Intake 3) telah memasuki minggu ke-2 dan dijalankan dengan penglibatan 8 orang peserta, jumlah paling ramai setakat ini.
Sesi memberi fokus kepada pengenalan asas menjahit, penggunaan mesin dan teknik jahitan tangan, serta panduan keselamatan semasa menjahit.

________________________________________________________________________________________________________________
NADI MAHIR – BAIKI GAJET
📅 Tarikh: 23/01/2026
🕒 Masa: 3.00pm – 4.30pm
Program Mahir Baiki Gajet (Intake 3) telah memasuki minggu ke-2 dan dijalankan dengan penglibatan seorang peserta.
Sesi memberi fokus kepada pengenalan baiki gajet, jenis alatan, serta langkah keselamatan sebelum kerja pembaikan.