Program: Kelas Keusahawanan & Kelas Mahir Pertanian Pintar
Lokasi: NADI Simpang Batu Niah
Tarikh: 05/02/2026
Ringkasan:
Kelas Keusahawanan dan Kelas Mahir Pertanian Pintar sedang berlangsung dengan penyertaan aktif peserta serta perkongsian ilmu berkaitan bidang masing-masing.
Nama Program: NADI Mahir Jahit Minggu 4
Topik: Cara Ambil Ukuran
Tarikh: 04/02/2026
Ringkasan:
Program NADI Mahir Jahit Minggu 4 telah dijalankan dengan fokus kepada cara mengambil ukuran badan dengan betul sebelum proses pemotongan kain. Peserta didedahkan kepada teknik asas pengukuran yang tepat bagi memastikan hasil jahitan lebih kemas dan sesuai. Sesi berjalan lancar dengan penglibatan aktif daripada peserta.
Nama Program: Kelas Amali NADI Mahir Masak Minggu 4 – Chocolate Cornrice & Pandan Gula Melaka Soft Cookies
Tarikh: 04/02/2026
Ringkasan:
Kelas Amali NADI Mahir Masak Minggu 4 telah dijalankan dengan aktiviti penyediaan Chocolate Cornrice dan Pandan Gula Melaka Soft Cookies. Peserta Intake 3 yang melaksanakan aktiviti ini sememangnya mahir dalam penyediaan masakan dan menunjukkan kemahiran yang baik sepanjang sesi. Program berjalan lancar dengan penglibatan aktif peserta.
Nama Program: Kempen Internet Selamat
Lokasi: SJKC Chee Mung
Tarikh: 03/02/2026
Ringkasan:
Kempen ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program berjalan lancar dengan penyertaan serta kerjasama yang baik daripada para pelajar.