MINI KARNIVAL KIS KLUSTER SUBIS
06 DISEMBER 2025
Mini Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) Bersama Komuniti Daerah Subis telah berjaya dilaksanakan pada 6 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap keselamatan internet, jenayah siber, vandalisme kemudahan telekomunikasi serta perlindungan kanak-kanak, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk pameran agensi jemputan, sesi taklimat, pocket talk, soal jawab serta Kempen Internet Selamat (KIS) yang melibatkan PDRM, SDEC, SACOFA dan MCMC.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.218 Sibuti, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkasa keselamatan digital dalam kalangan komuniti Subis.
Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan yang baik dan berjaya menyampaikan maklumat penting berkaitan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab kepada komuniti setempat.
_______________________________________________________________________________________________________________
NADI MAHIR – MINGGU AKHIR
08 DISEMBER 2025
