06 Disember 2024
Program NADI: Pengenalan NADI & Safe and Shield di SK Kampung Tegageng
Pihak NADI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, ibu bapa, dan guru-guru atas sambutan mesra serta sokongan padu yang diberikan bagi menjayakan program Pengenalan NADI dan ceramah Safe & Shield yang diadakan.
Perjalanan ke sekolah ini melalui jalan kampung yang sempit dan mencabar, diikuti dengan menaiki bot, menjadikan pengalaman ini sungguh unik dan bermakna.
Diharapkan perkongsian ini membawa manfaat serta memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti dalam usaha membina masa depan yang lebih progresif dan cemerlang.